WASHINGTON: Tentera Israel dilaporkan sedang bersiap untuk kembali ke medan tempur selepas rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Pakistan gagal mencapai persetujuan, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa perang akan kembali tercetus.
Laporan media Israel menyebut bahawa Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan bersedia menyambung semula operasi ketenteraan terhadap Iran dalam masa terdekat.





