Dalam lawatan hujung minggu pertama sejak Parti Pekerja (WP) mengumumkan selesainya siasatan disiplin terhadap ketuanya, Encik Pritam Singh, para Anggota Parlimen (AP) WP dan anggota WP dilihat beramah mesra dengan penduduk di Fengshan Centre bersama Encik Pritam pada pagi 12 April.
Berseragam biru, kumpulan yang terdiri daripada sekitar 40 orang itu berpecah di sekitar pusat penjaja dan pasar yang sibuk...





