Kesemua sembilan ejen pelancongan atau ejen penjualan (GSA) pakej haji yang diluluskan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sudah menetapkan proses pemulangan wang kepada jemaah sekiranya Singapura atau Arab Saudi mengarahkan larangan perjalanan atau membatalkan haji.
Menjelaskan demikian, Setiausaha Kehormat Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustazah Juyda Noor Mohamad, berkata pemulangan wang itu akan meliputi kos penginapan di Makkah dan...





