KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan mewujudkan stok penimbal strategik nasional bagi memastikan keterjaminan ubat dan peranti perubatan negara, berikutan krisis tenaga sejagat akibat konflik di Timur Tengah ketika ini.
Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata ia merupakan antara langkah mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang, selain beralih daripada penggunaan bahan mentah resin kepada polimer bagi sesetengah...





