JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) kini mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah anggota pengaman yang akan dihantar ke Lebanon pada Mei depan susulan siri serangan yang mengorbankan dan mencederakan anggota pengaman negara itu di selatan Lebanon.
Perkembangan itu berlaku tatkala keadaan keselamatan di kawasan misi Pasukan Pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) semakin meruncing susulan konflik yang kian memuncak di Asia...





