TEHERAN: Presiden Iran, Encik Masoud Pezeshkian, mengeluarkan surat terbuka kepada rakyat Amerika Syarikat pada 1 April dengan menegaskan bahawa jalan konfrontasi kini semakin mahal dan tidak lagi berkesan, sekali gus memberi bayangan kemungkinan penyelesaian melalui diplomasi.
Dalam surat tersebut, beliau berkata, “jalan konfrontasi adalah lebih mahal dan sia-sia berbanding sebelum ini,” sambil menggesa dunia mempertimbangkan pendekatan yang lebih membina.





