KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit dan kad debit asing bagi pembelian petrol RON95 di semua stesen minyak di Malaysia akan disekat secara berperingkat bermula April 1.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam, berkata langkah itu bagi memastikan subsidi RON95 hanya dinikmati rakyat yang layak dan untuk mengelak ia disalahgunakan oleh...





