Usahawan wanita merupakan pemacu penting inovasi dan nadi kepada ekonomi tempatan, dan usaha berterusan diperlukan bagi memastikan mereka dapat mencapai potensi sepenuhnya, kata Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang.
Berucap di pelancaran Inisiatif Wanita Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (ASME) pada 28 Mac, Cik Gan menegaskan bahawa pertumbuhan inklusif bergantung pada keupayaan setiap individu,...





