Kerajaan Malaysia telah mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter ($0.64 sen), walaupun harga minyak mentah sejagat meningkat lebih 40 peratus, melebihi AS$100 ($128.32) setiap tong akibat konflik berlarutan di Asia Barat.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF), dalam satu kenyataan, berkata kerajaan telah melaksanakan penyesuaian secara berperingkat ke atas harga bahan api lain selaras dengan trend kenaikan harga minyak mentah...





