WASHINGTON: Kenyataan bercanggah daripada Amerika Syarikat, Iran dan Israel menimbulkan kekeliruan sama ada rundingan damai benar-benar sedang berlangsung, ketika perang di Timur Tengah terus berlarutan tanpa tanda berakhir dalam masa terdekat.
Presiden Amerika, Encik Donald Trump, mendakwa Washington dan Teheran sedang mengadakan “perbincangan yang sangat kukuh” untuk menamatkan konflik yang bermula pada 28 Februari lalu, malah menyatakan kedua-dua pihak telah...





