NARATHIWAT: Sebuah kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo, ditembak di hadapan kediamannya awal pagi 20 Mac, sejurus beliau pulang daripada menghadiri sesi Parlimen di Bangkok.
Ketua Polis Bacho, Wisan Rakmak, berkata Encik Kamolsak terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden tersebut. Namun, dua pengiring keselamatannya cedera dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor Bernama.





