Meskipun Hari Raya membawa harapan ketenangan akan menyelinap di jiwanya, sekelumit kesedihan yang merentap tangkai hati masih dirasakan Cik Nadira Abdullah.
Setelah bertahun-tahun lamanya berdepan dengan pergolakan rumah tangga yang menggores jiwa, Cik Nadira, 40 tahun, sudah menguatkan semangat bagi melangkah ke babak baru dalam hidupnya, iaitu menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga anaknya yang berusia tiga, lima dan...





