Ketua Perkhidmatan Awam, Encik Leo Yip, 62 tahun, yang memimpin langkah tindak balas perkhidmatan awam semasa pandemik Covid-19, akan bersara daripada Perkhidmatan Pentadbiran pada 1 April, selepas 43 tahun berkhidmat dalam sektor awam.
Beliau akan digantikan oleh Encik Chan Heng Kee, 57 tahun, dalam peranannya sebagai Ketua Perkhidmatan Awam serta Setiausaha Tetap Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Setiausaha Tetap (Strategi)...





