Keluarga dengan pendapatan isi rumah per kapita sehingga $3,600 boleh mendaftar untuk menerima tokokan sepadan sehingga $10,000 kepada akaun Amanah Keperluan Khas (SNT) mulai 1 April 2026 hingga 31 Mac 2031, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Undang-Undang), Encik Eric Chua.
Diumumkan semasa Belanjawan 2025, keluarga tersebut juga akan disediakan modal awal $5,000 yang diperlukan untuk membuka...





