Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengumpul maklum balas daripada orang ramai dan industri pengangkutan tentang cara untuk menambah baik pengkategorian Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kereta, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow.
Bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 4 Mac, Encik Siow berkata ini dilakukan selepas pengeluar telah melaraskan spesifikasi kereta agar ia sesuai...





