Usaha kumpulan kariah dalam menyediakan ruang solat sempena Ramadan mengeratkan hubungan antara jiran, memupuk rasa keterkaitan dalam masyarakat, serta mencerminkan sifat prihatin dan keikhlasan yang menjadi teras masyarakat Melayu/Islam.
Inisiatif seperti itu menjadi lebih penting dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan sosial di tengah-tengah perkembangan di Timur Tengah, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal...





