KUALA LUMPUR: Peguam kepada dua anak mantan Menteri Kewangan Malaysia, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, mempersoalkan keperluan Jabatan Imigresen untuk menyatakan anak guamnya berada di luar negara di saat siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang berjalan.
Peguam berkenaan, Encik N Rajesh, memberitahu bahawa pihak peguam sebelum ini telah memaklumkan kepada SPRM tentang keberadaan anak-anak Allahyarham Tun Daim di luar negara.





