LONDON: Harga minyak dunia melonjak sehingga 13 peratus ketika pasaran dibuka pada malam 1 Mac, mencerminkan kebimbangan besar terhadap kesan ekonomi akibat konflik Asia Barat yang kian meluas selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.
Lonjakan itu berlaku kerana Iran dan negara jirannya merupakan antara pengeluar utama minyak dan gas dunia.





