BANGKOK: Seorang anggota tentera Thailand kehilangan kaki kanannya selepas terpijak periuk api di kawasan sempadan yang dipertikaikan dengan Kemboja pada 27 Februari ketika gencatan senjata rapuh masih bertahan selepas berbulan-bulan pertempuran rentas sempadan.
Tentera Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku sekitar waktu subuh di wilayah Surin, berhampiran sempadan kedua-dua negara. “Askar itu cedera parah dan kehilangan kaki kanan selepas...





