KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, melantik Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Datuk Radzi, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, mempunyai pengalaman dan kepimpinan yang mampu membina kekuatan dalam kalangan pemimpin baru yang komited kepada idealisme...





