Singapura kekal komited untuk menyokong rakyat Palestin dan memperkukuh keupayaan institusi mereka dalam usaha menuju kenegaraan pada masa hadapan, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 24 Februari.
Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran Facebook apabila beliau berjumpa dengan Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin (PA), Dr Estephan Salameh di Parlimen.





