Dengan dunia yang semakin berpecah dan tidak menentu, identiti budaya masyarakat Cina perlu terus berakar kukuh dalam masyarakat berbilang kaum Singapura, berlandaskan prinsip bersama serta masa depan yang dikongsi, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Gan Kim Yong.
Beliau berkata peranan masyarakat itu di sini bukan sekadar menganjurkan kegiatan kebudayaan atau membangunkan persatuan klan, sebaliknya turut membentuk nilai dan corak masyarakat...





