NEW YORK: Sehari sebelum mesyuarat sulung Lembaga Keamanan anjuran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi menamatkan perang Gaza, diplomat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Februari menyuarakan kebimbangan terhadap serangan berterusan Israel, kekurangan bantuan kemanusiaan serta peningkatan operasi ketenteraan di Tebing Barat.
Kebimbangan itu muncul apabila beberapa negara mempertikaikan skop kuasa yang terlalu luas diberikan kepada badan baharu...





