BANGKOK: Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 8 Februari, dalam satu persaingan tiga penjuru yang mencerminkan episod terbaharu dalam pertarungan kuasa yang berpanjangan antara blok progresif, populis dan konservatif di negara itu.
Keputusan pilihan raya kali ini bukan sahaja menentukan kerajaan baharu, malah berpotensi membentuk semula landskap politik Thailand yang telah lama bergolak dengan krisis institusi, campur tangan kehakiman...





