Masyarakat penerbangan antarabangsa perlu terus bekerjasama rapat bagi mempertingkat keselamatan dan kecekapan, terutama dalam dunia yang penuh ketidakpastian.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, menyatakan hal ini pada 2 Februari dalam Sidang Puncak Penerbangan Changi ketiga, yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands, menjelang Pertunjukan Udara Singapura 2026 dari 3 hingga 8 Februari.





