Pemerintah telah mengadakan pertemuan dengan keluarga yang mengendalikan restoran nasi padang terkenal, Warong Nasi Pariaman, bagi meneroka pelbagai pilihan dalam menyalurkan bantuan lebih meluas.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) memaklumkan perkara ini, sebagai menjawab soalan Berita Minggu (BM), pada 31 Januari, hari terakhir restoran tersebut beroperasi selepas 78 tahun mengendalikan perniagaan keluarga itu di rumah kedai di 738 North Bridge...





