Syaaban datang lagi terbuka pintu rahmat Ilahi ketika jiwa memburu reda-Nya aku bernostalgia mengutip ribuan kenangan tatkala malam sunyi di laman bonda satu masa ketika aku darjah enam riuh sekampung memacu tanggungjawab menjelang Ramadan kayu api dijemur disusun rapi di tepi dapur kayu beras baru dikisar kenduri kesyukuran menyambut kedatangan Ramadan semanis kenangan manis senyuman ibu mendengar aku membaca Al-Quran...





