SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Menjelang Ramadan Di Laman Bonda

Premium

Menjelang Ramadan Di Laman Bonda

Feb 8, 2026 | 5:30 AM

Menjelang Ramadan Di Laman Bonda

sajak, menjelang ramadan di laman bonda, annur halimah
Pemandangan di kampung halaman. - Foto hiasan PIXABAY

Syaaban datang lagi
terbuka pintu rahmat Ilahi
ketika jiwa memburu reda-Nya
aku bernostalgia
mengutip ribuan kenangan
tatkala malam sunyi
di laman bonda
satu masa ketika aku darjah enam
riuh sekampung memacu tanggungjawab menjelang Ramadan
kayu api dijemur
disusun rapi di tepi dapur kayu
beras baru dikisar
kenduri kesyukuran menyambut kedatangan Ramadan
semanis kenangan
manis senyuman ibu mendengar aku membaca Al-Quran
pasrah menempuh gelombang ujian dunia
di dalam kapal kecil
Kun Fayakun

ANNUR HALIMAH

Laporan berkaitan
Di kebun ramadanJul 22, 2024 | 12:58 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg