Kemajuan pesat dalam teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) telah mencetuskan cabaran baru bagi syarikat dan pekerja untuk menyesuaikan diri, namun ia juga menawarkan peluang besar bagi pertumbuhan dan kemajuan dalam perniagaan, pekerjaan dan ekonomi negara.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, menekankan bahawa AI bakal mengubah ekonomi secara asasnya, di mana cara perniagaan dijalankan...





