Dipengaruhi oleh kandungan dan video berkaitan ISIS, seorang pelajar sekolah menengah tiga berusia 14 tahun yang dikenakan Arahan Sekatan (RO) pada November 2025, telah menjadi penyokong tegar kumpulan militan itu dan perjuangannya untuk mewujudkan Khalifah Islam sejagat melalui keganasan.
Untuk menunjukkan sokongannya terhadap ISIS, remaja itu mula menyiarkan kandungan pro-ISIS di akaun media sosialnya termasuk video pro-ISIS yang telah diciptanya...





