JAKARTA: Jumlah korban akibat tragedi tanah runtuh yang melanda Kampung Pasirlangu, Daerah Kecil Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat, meningkat kepada 48 orang, ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang berdepan cabaran hujan berterusan pada pagi 28 Januari.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 32 orang masih dilaporkan hilang, manakala usaha pencarian terpaksa disesuaikan dengan keadaan...





