Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menggantung operasi kelengkapan sebuah kilang memproses kelapa sawit susulan insiden pencemaran air Sungai Sayong di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi, yang dilaporkan berlaku pada 25 Januari.
Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff, berkata tindakan tegas itu diambil selepas siasatan mendapati berlaku kegagalan serius pada sistem pengolahan efluen premis terbabit yang menyebabkan efluen...





