Masjid Ba’alwie telah mendermakan sekitar 100 karton kurma dari Madinah, Arab Saudi, kepada Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) sebagai sebahagian daripada tradisi tahunannya mengagihkan kurma sempena bulan suci Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Menulis dalam satu catatan Facebook pada 26 Januari, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada imam...





