Isu peningkatan kos sara hidup di Johor, khususnya di kawasan bandar dan sempadan, perlu dilihat secara lebih menyeluruh dan tidak hanya bersandarkan satu penunjuk semata-mata kerana realiti ekonomi negeri itu dipengaruhi faktor rentas sempadan yang bersifat luar kawalan kerajaan negeri.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor Kampus Pasir Gudang, Cik Noranita Abdamia, berkata kedudukan Johor...





