Lebih ramai anggota kesatuan berpendapatan rendah kini boleh meraih manfaat daripada program bantuan NTUC Care selepas kelayakan pendapatannya dinaikkan daripada $3,800 kepada $4,300, umum Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada 21 Januari.
Peningkatan itu, yang diselaraskan dengan pendapatan isi rumah kasar (GHI) di tahap 20 peratus terendah pada 2024, dijangka memanfaatkan tambahan 4,500 anggota kesatuan berpendapatan rendah dan keluarga mereka...





