JAKARTA/PAPUA: Tentera Indonesia berjaya menyelamatkan 18 pekerja lombong yang terperangkap selama tiga hari selepas dikepung kumpulan bersenjata di sebuah pos operasi Freeport Indonesia di wilayah Papua yang bergolak, kata pihak berkuasa pada 5 Januari.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Indonesia, Encik Rico Ricardo Sirait, para pekerja itu sedang membaiki salah satu menara elektrik milik Freeport di daerah Tembagapura, wilayah Papua Tengah...





