TEHERAN: Sekurang-kurangnya 648 orang terbunuh dalam tindakan keras pihak berkuasa Iran terhadap gelombang protes yang melanda negara itu, menurut kumpulan hak asasi manusia, ketika pemerintah Teheran berusaha merampas semula kawalan jalanan melalui penganjuran perhimpunan besar-besaran di seluruh negara.
Pertubuhan bukan pemerintah berpangkalan di Norway, Hak Asasi Iran (IHR), berkata angka korban itu merangkumi sembilan kanak-kanak, dengan ribuan lagi cedera. Namun,...





