HULU LANGAT (Selangor): Hasrat seorang lelaki membersihkan rumahnya di Kampung Sungai Semungkis, Batu 14, Selangor, sebagai persiapan menjelang perkahwinannya hujung Januari ini, berakhir tragedi apabila maut selepas disengat tebuan, 30 Disember lalu.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang, mangsa, Allahyarham Abdul Hamid Mohd Taufek, 29 tahun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Batu 14 pada hari sama.





