SEREMBAN: Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, Negeri Sembilan, maut apabila motosikal ditunggang mereka dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar besi penghadang di Kilometer Satu, Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina pada 4 Januari.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain, berkata dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu, Allahyarhamha Ismawanie Husna Ismail dan Allahyarhamha Nur Ain Zulaisya Zahrain, kedua-duanya berusia 19 tahun,...





