KUALA LUMPUR: Penyanyi, Linda Rafar, mendakwa mengalami kerugian hampir RM1 juta ($315,430) selepas ditipu oleh sekumpulan individu bergelar ‘Datuk’, sekali gus menggagalkan hasratnya untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 47 tahun, berkata pendedahan yang dibuat di media sosial bertujuan memberi amaran kepada pihak terbabit supaya segera memulangkan wang berkenaan sebelum beliau mengambil tindakan...





