Lonjakan pertumbuhan sektor perkilangan pada suku keempat 2025 telah mendorong ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan tahun penuh yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 4.8 peratus, meskipun terdapat kebimbangan mengenai tarif Amerika Syarikat.
Ekonomi tumbuh 5.7 peratus dari tahun ke tahun pada suku keempat 2025, meningkat daripada 4.3 peratus pada suku ketiga, berdasarkan anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) yang dikeluarkan...





