Kerajaan Johor sedang mengkaji kebolehlaksanaan perkhidmatan komuter ulang-alik antara Pasir Gudang dengan Kempas, yang dijangka memberi manfaat kepada mereka yang mahu ke Kuala Lumpur atau Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata pendekatan berkenaan dilakukan sebagai usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam di selatan negeri, dengan tempoh percubaan disasarkan bermula pada suku...





