Kes ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, yang didapati mahkamah bersalah berbohong di Parlimen mempunyai kesan ke atas pemimpin parti yang lain, Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap, kata Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah.
Justeru, perkara tersebut akan dibincangkan di sidang Parlimen pada Januari 2026, tambah beliau, dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 22 Disember.





