Kementerian Dalam Negeri Malaysia akan memasang 40 unit tambahan eGate Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) serta 145 lagi pengimbas kod QR bagi pengguna aplikasi MyNIISe di laluan motosikal, kereta dan pejalan kaki di Johor menjelang 31 Disember.
Kementerian itu berkata penambahbaikan tersebut akan dilaksana di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) yang masing-masing terletak di Johor...





