Emas yang diharapkan tidak berdaya digenggam dan regu silat lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah tewas kepada juara bertahan acara seni (regu putra) Indonesia pada 14 Disember.
Regu yang dibentuk oleh trio pesilat iaitu Muhammad Affiz Mohamed Zakri, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Muhammadinil Mustafar Mohd Isa meraih 9.935 mata berbanding regu Indonesia yang mengumpul 9.965 mata...





