Remaja perempuan Myanmar berusia 15 tahun, yang pas imigresen jangka panjangnya dibatalkan kerana memiliki pod vape mengandungi etomidate (Kpod), kini disiasat atas beberapa kesalahan jenayah lain.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan pada 12 Disember, remaja itu diberi pas khas untuk kekal di Singapura bagi membantu siasatan berhubung pemilikan senjata terlarang dan berbahaya, penglibatannya dalam pergaduhan, serta perbuatannya menyebabkan kecederaan...





