WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu mengesahkan bahawa senarai pemimpin dunia yang akan menganggotai Lembaga Keamanan Gaza hanya akan diumum awal tahun 2026, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa pengumuman tersebut bakal dibuat sebelum hujung tahun 2025.
Berucap pada satu acara ekonomi di Bilik Roosevelt, Rumah Putih, Encik Trump berkata ramai pemimpin dunia telah menyatakan minat untuk menyertai badan...





