Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai saringan barah serviks, M3@Jurong dan M3@Chua Chu Kang telah bekerjasama dengan masjid di kedua-dua bandar itu untuk mengadakan acara Kesihatan Wanita pada 6 Disember.
Selain ceramah dan kegiatan seperti Zumba, golongan wanita yang hadir dan berusia antara 30 tahun dengan 69 tahun berpeluang menerima ujian saringan kendiri papilomavirus manusia (HPV) secara percuma di Pusat Jawatankuasa...





