Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah melancarkan Program Pemacu Bakat (TAP) bernilai $200 juta bagi menyokong industri media Singapura, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan filem dan televisyen untuk pengedaran antarabangsa.
Inisiatif yang akan berlangsung selama tiga tahun itu diumumkan Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Encik Tan Kiat How, di majlis pembukaan Forum dan Pasaran TV...





