PARIS: Syarikat penerbangan Asia bergegas pada 29 November untuk membetulkan kerosakan perisian pada pesawat Airbus A320 mereka menyusuli arahan memanggil balik oleh syarikat pembuat kapal terbang Airbus.
Panggilan balik 6,000 pesawat itu melibatkan lebih separuh daripada keseluruhan pesawat A320 Airbus di seluruh dunia, yang menjadi teras penerbangan jarak pendek di Asia.





